Mulanya, bakat yang diperoleh Penglipur Lara tidak dilihat baik di mata khalayak. Jujurnya, bukan mudah meninggikan sedikit kelebihan yang diberikan Tuhan dalam hidup ini. Segala emosi dan resam hidup menjadi rencah seorang penulis muda menyairkan karangan jiwa untuk insan luar memahami dan mengerti bait benaknya. Ramai menganggap bakat dan minat menulis dan mengarang stanza dan riwayat seni ini sebagai lekeh dan temeh. Ramai juga melabel tulisan ialah sentuhan tidak popular kala ini. Namun, yang menjadikan ada minat dan bakat ini, adalah deru jiwa yang menguntum dan mengharum di balik perasaan yang terarah dalam hidup. Rasa ingin berkongsi dan melahirkan isi hidup dalam susunan kata yang indah dan bermakna, maka lahirlah bisik naluri yang tekun mencipta rangkap kata demi kata tika hari menjalani hidup.
Jika ada yang cuba mengenali Sang Penglipur Lara ini, ada sebuah puisi yang saya nukilkan buat menghargai insan di sekeliling betapa berharganya mereka kepada hidup ini. Sebuah garapan ilham pada 3 Jun 2005, 1227 tengah hari, saat seorang teman di Kolej Matrikulasi Melaka bercerita tentang hidupnya sehingga mencetuskan rasa syukur dalam hati ini dikurnia teman-teman yang sempurna, menemani kembara hidup ini. Puisi ini pernah Sang Penglipur Lara persembahkan buat semua dalam salah satu karangan puisi. (Ciptaan Terulung).
Ciptaan Terulung adalah nukilan paling berharga buat Sang Penglipur Lara kerana secara peribadi, puisi inilah yang mengingatkan Sang Penglipur Lara agar bersyukur dan menghargai mereka di sekeliling, selain sentiasa mendekatkan diri dengan mereka, sahabat baik Sang Penglipur Lara.
Namun, baru-baru ini, Sang Penglipur Lara kaget dan terkejut apabila puisi yang sama diciplak insan lain dan memasukkannya dalam sebuah buku cenderamata dengan menggunakan nama orang lain selaku penulisnya. (karya plagiat). Bukannya mudah menulis dan melahirkan kata tanpa sebarang ganjaran yang lumayan, tapi ada pula yang melakar nama mereka pada karya kita. Payahnya melepas nafas.
Sang Penglipur Lara sedar, ilham ini bukan milik Sang Penglipur Lara, sebaliknya milik Dia yang Maha Bijaksana, namun menjadikan ia milik orang lain adalah umpama mengandung dan melahirkan seorang anak, membesarkan dan mengasihinya sepenuh nyawa, namun akhirnya diculik orang dan dilakukan seperti miliknya. Mungkin pada ulu hati Si Penciplak merasakan mudah dan tidak mengapa, remeh dan tak bermaksud apa-apa, namun hakikatnya, hati seni Sang Penglipur Lara sebagainya diselimuti duri dan dipijak-pijak dengan rakus. Barangkali karya bodoh milk Sang Penglipur Lara ini tidak membawa erti atau nilai komersial, dan sekadar dipertonton dalam helaian buku kecil, Sang Penglipur Lara tidak ambil pusing. Silaplah. Kalau boleh, Sans Penglipur Lara doakan Si Penciplak merasa sendiri apabila 'anak'nya diculik orang. Biar kita seri dalam merasa rencah ini. Panas atau lesin, atau nengar.
Jelasnya, Sang Penglipur Lara terkilan dan kecewa. Dalam menulis penuh ikhlas untuk dikongsi isi rasa, ada mereka yang cuba menikam bakat kecil kita dengan plagiarisme. Jika anda membaca dan mengikuti nukilan murah Sang Penglipur Lara ini, teruskanlah. Sang Penglipur Lara girang sekali untuk berkongsi. Namun apa yang dikongsi tetap milik penukilnya, bukan milik pembaca. Hakikatnya milik Allah jua. Tegakah kita mencuri milikNya yang abadi?
Sang Penglipur Lara
No comments:
Post a Comment