Kisah Sang Penglipur Lara

Kisah Sang Penglipur Lara
Kisah Sang Penglipur Lara

Layar Sang Penglipur Lara

Layar Sang Penglipur Lara
Tinta Layar

Monolog

Monolog
Luahan rasa hati

Novel

Novel
Novel

Cerpen

Cerpen
Cerpen

Puisi

Puisi
Puisi

Khazanah

Khazanah
Puisi Tradisional

Cerita Kita

Cerita Kita
Pandangan isu semasa seni tulis

Bisik-bisik

Bisik-bisik
Ulasan karya terkemuka

Thursday, March 24, 2011

Puisi : Bahasa Jiwa


BAHASA JIWA
Nukilan: Muhammad Hanam Hamid.

Kami berbicara dalam bahasa yang serupa,
Sama untuk Wong, dan sama untuk Vijitha.
Kami berbicara dalam nada yang serupa,
Sama mesra, sama menghormati.

Kami belajar di sekolah yang serupa,
Sama kelas, dengan bahasa yang sama.
Kami berguru dengan guru yang serupa,
Dengan Cikgu Chelvi, dengan Cikgu Chin dan dengan cikgu Rosni.

Kami bertutur dalam bahasa yang serupa,
Di sekolah serupa, di rumah pun serupa.
Kami makan makanan yang serupa,
Ada roti canai, ada yong taufu, dan ada nasi lemak.
Masih serupa, tiada beza.

Kami berpayung di bawah pohon yang serupa,
Bertenggek pada tunggul yang berbeza,
Tapi masih berteduh di bawah pohon yang sama,
Berbicara tentang kisah yang serupa.

Aku, Wong dan Vijitha punyai teman yang serupa,
Ada Hanam, ada Gan, dan ada Naidu.
Kami semua masih berbicara dalam bahasa yang sama,
Tatkala bersama.
Aku dan Hanam bahasa yang sama,
Bukan bahasa kami.
Wong dan Gan bahasa yang sama,
Bukan bahasa mereka.
Vijitha dan Naidu bahasa yang sama,
Bukan bahasa mereka.
Kami berbicara dalam bahasa yang sama,
Bahasa kami semua.

Bahasa kami semua,
Adalah jiwa kami semua.
Wong dang Gan tidak bicara dalam bahasa mereka,
Vijitha dan Naidu tidak bicara dalam bahasa mereka,
Kami semua berbicara dalam bahasa kami semua.
Aku dan Hanam, Wong dan Gan, Vijitha dan Naidu,
Kami tak sama bangsa,
Kami tak serupa agama,
Tapi kami masih berbahasa yang sama,
Beridentitikan yang serupa,
Kerana kami menggunakan kad pengenalan yang serupa,
Kerana kami semua,
Adalah rakyat Malaysia.

0907pagi
24September2007.

Monday, March 21, 2011

Novel : Kerana Irhadah (7)


“Langit takkan selamanya cerah, itulah janji Tuhan yang Maha Adil”
– KERANA IRHADAH, sebuah adaptasi 
nukilan Hanam Hamid, Seputeh Salju.

Cuti sekolah bakal tamat. Esok atau lusa dua beradik itu akan mula bersekolah. Bunda mula bangkit semula daripada sakit yang menguncinya duduk terbaring di lantai rumah. Farizz dan adiknya, Farhan sedang leka menyiapkan kerja sekolah yang masih banyak berlambakkan. Masing-masing duduk meniarap menghadap buku sambil liuk-liuk api pelita menamani sunyi malam mereka. Bunda masih jerih menahan sisa-sisa sakit yang masih menghuni tubuhnya. Di atas kerusi malas di mana suaminya selalu tinggal, dia memerhati dua beradik di hadapannya dengan rasa sayu mengenang nasib yang bakal menarik mereka ke tengah lautan hidup yang mencabar seperti tsunami yang merampas Jepun daripada buminya.

“Eh, nama abang bukan satu Z saja kan?”

Si Adik tiba-tiba bersuara memecah hening malam.

“Ah, sibuklah kau!”

Farhan memandang mata abangnya dengan rasa penuh tidak puas hati. Dia lantas berpaling kepada Bunda yang ralit memerhati mereka.

“Satu saja kan, Bunda?”

Matanya tersinar dek harapan.

“Dua, An.”

“Dua ke?”

Masih tidak puas hati. Abangnya mula jengkel.

“Betul lah dua.”

Bunda menjawab penuh sabar. Senyum menghiasi pipinya yang kian cekung. Farhan mengerutkan dahinya seakan tidak percaya.

“Tapi eja Fariz kan F.A - fa, R.I.Z - riz. Fariz.”

Dia masih berusaha meyakinkan kedua Bunda dan abangnya. Lagaknya penuh rasa percaya kepada pandangannya. Farizz biarkan sahaja, tekun menyelesaikan masalah kira-kira yang sukar diuraikan.

“Hahaha..”

Bunda gelak perlahan. Jauh di sudut hati, rasa bangga memuncak pada kepandaian Farhan.

“Tambah satu lagi Z, samalah dengan nama Bunda kan?”

Bunda menambah. Dia beragak-agak sendiri menyusul akal Farhan yang cuba meneka-neka ejaan itu.

“N.O.U.R-Nour, eh, pelik nama Bunda!”

Gelak Farhan lucu. Bunda senyum. Farizz dalam diam mengerling benci pada Farhan.

“I.Z.-Iz, Z.A.H-Zah. Izzah!”

“Kan?”

Bunda mencungkil isi pencarian Farhan yang masih gigih meneliti makna di sebalik nama abangnya, Farizz. Hujung penanya dilurut-lurut pada pinggir bibir bawahnya. Seketika kemudian dia mengangguk-angguk tanda faham.

“Jadi, I.Z.Z tu nama Bundalah ya?”

Farhan bertanya lagi. Banyak bertanya anak kecil itu menjadikan keletahnya yang kelakar bertambah lucu. Dengan senang, Bunda mengangguk setuju.

“F.A.R pula?”

“Singkatan nama Abah”

Dia menambah. Farhan mengangguk. Masih cuba keluar daripada liku-liku jalan sulit itu. Bunda perasaan, tatkala nama itu disebut, ada jeda yang seketika memberhenti tumpuan Farizz pada kertas soalannya. Sebelum tingkahnya mencuri focus Bunda dan membuahkan soalan yang tak disenanginya, Farizz segera menulis semula. Namun tulisannya menjadi tebal dan keras menekan kertas putih itu. Bunda tunduk sedikit. Rasa sedih pada anak itu.

“F.A.R macam Abah. Oh, samalah dengan nama An!”

Anak itu kelihatan girang.

“Kau kenapa?!”

Jerkah Farizz terperanjat dengan lantang jeritan adiknya. Bunda cepat berpaling kea rah Farizz supaya berlembut.

“Farhan, perlahankan sedikit suara. Abang tengah belajar tu.”

Suaranya melentukkan rasa dua beradik yang beradrenalin tinggi itu.

“Tapi kan Bunda...”

Farhan menambah lagi. Kali ini suaranya jauh lebih perlahan daripada sebelumnya. Kerutnya lebih bersimpangan.

“Kenapa An?”

Bunda cuba membantu.

“Mana adik dapat H.A.N?”

Duk! Tersentap dia mendengar pertanyaan Farhan. Jawapan yang dia ada, bakal menimbulkan rasa yang lebih menggerunkan lagi. Sejarah hitam mula memekat semula. Mukanya terus tertarik masam dan mencuka. Sakit dan perit menggiling lubuk sanubarinya. Diamnya lama. Farhan masih menanti jawapan daripadanya dengan sabar. Masih diam dalam angannya, Farizz yang mulanya leka menelaah akhirnya menghala kepadanya. Misteri menyelubungi mereka. Kisah dulu, dibuka semula. Menyesakkan dadanya yang sudah pun lemas tenggelam.

(bersambung...)
  

Monday, March 14, 2011

Novel : Lelaki (Episod 2: Bahagian 2)


LELAKI (EPISOD 2: BAHAGIAN 2)

Lelaki itu tiba di hadapan sebuah bangunan yang teguh berdiri. Lama memerhati dia berjalan memasuki lobi bangunan tersebut dengan tenang.

Face-painting is a common women-must-do activities that the girls call make-up but the boys call ‘times-up’. Face-painting is like putting a mask on your face, and transforming yourself into somebody else. Face-painting is another word of denying yourself, hiding yourself and making fun of you, yourself.

Or, face-painting could be like putting a mask on someone’s face, and transforming them into somebody else. Or, denying other self, hiding other self, and making fun of others, themselves. Depend on us to put it in the right sentences, or right situation.

“Assalamualaikum, Pak Cik...”

“Dik, sini tak boleh jual barang!”

“Jual barang?”

Matanya terbeliak. Pengawal separuh abad beruniform putih kemas itu bermuka serius. Mukanya diangkat sedikit ke atas sambil matanya digerak ke atas ke bawah meneliti susuk kecil di hadapannya. In senyum. Seorang wanita tua beruniform serupa, sebaya dengan pengawal tersebut tersenyum sinis. Matanya menjeling juling.

“Kenapa saya perlu jual barang ya, Pak Cik?”

Dia cuba menangguk dengan umpan. Pengawal tersebut menoleh ke belakang sambil berjalan pergi perlahan.

“Tak payahlah kau nak bagi ayat kau. Memang geng-geng kau sama sahaja ayatnya. Ingat aku nak bagi masuk ke? Nak cari makan pun biarlah kena tempatnya.”

Latahnya cuba menegakkan andaian yang bersarang di fikirannya. Farihin tersenyum bertambah lebar. Sekali lagi dia cuba menjerat pengawal itu dengan kata-katanya sendiri.

“Hensem juga salesman yang datang ke syarikat ni kan? Semua bertali leher dan berkasut kulit. Siap bawa sijil-sijil SPM dan transkrip universiti kan? Yang lain ada bawa resume dan cover letter tak, Pak Cik?”

Pengawal itu terhenti langkahnya. Mukanya lesi memutih. Kaget barangkali. Perempuan sebayanya bingkas bangun dan memandangnya lama.

“Eh, betul ke panggil Pak Cik ni? Atau Datuk ke Dato’ Seri? Pengerusi Syarikat memang duduk di atas kerusi di lobi ye, Datuk?”

Tingkahnya cepat sebelum kedua orang tua di hadapannya membuka mulut. Mereka terkedu terperanjat dengan sinis kata-kata lelaki kecil di hadapan mereka. Mukanya bertukar merah yang menyala.

“Kamu jangan bikin saya panas..!”

Jerkah pengawal di hadapan lelaki kecil itu. Suaranya dilantangkan meski separuh jiwanya sedar bahawa dia yang mula-mula mengocak jernih air menjadi keruh. Wanita separuh abad di belakangnya segera meluru ke hadapan. Mereka benci pada peritnya kata-kata bak menghina mereka itu. Belum bekerja sudah berlagak! Itu agak mereka. Kedua-duanya menerpa Farihin yang kerdil berdiri di hadapan lobi.

“Che Mad, Puan Mah, apa hal ni?”

Suara lelaki lain mucul di balik huru-hara suasana.

“Daripada jauh saya dengar bising. Kalau Datin Paduka ada macam mana awak nak jawab?”

Lelaki sebaya abangnya, Fahrin berjalan dengan lagak kemas ke arah mereka. Cermin mata hitamnya dibuka mendekati mereka. Tali leher hitam berbelang merah terang dengan latar bajunya yang putih melepak, diapit warna hitam sutnya.

Dua pengawal yang tadi diwarna merah mukanya bertukar putih seperti susu semula. Lelaki itu berjalan sambil tumit kasut hitamnya yang mahal mengetuk-ngetuk lantai kuat apabila dia semakin mendekati mereka. Matanya terus menikam dua jasad di hadapannya. Kemudian dengan sekilas, pandangannya beralih ke arah Farihin yang sedang tegak berdiri.

“Dan awak siapa?”

“Dia..”

Pengawal yang namanya dipanggil sebagai Che Mad itu bersuara cuba menjawab pertanyaan itu dengan lambat-lambat.

“Salesman”

Farihin menyampuk cepat. Celahnya mengerutkan dahi lelaki segak itu. Dia mengalih ke arah Che Mad meminta kepastian.

“Dia barangkali interviewee yang Datin Paduka maksudkan, Encik Aaron”

Wanita di belakang tiga lelaki itu bersuara setelah lama berdiam diri. Che Mad mengangguk perlahan.

“Barangkali..?”

Lelaki itu seolah tidak menerima jawapan mereka yang seakan ada kurangnya. Dia menoleh ke arah Farihin yang tersenyum manis dengan lesung pipit tertanam di kedua pipinya.

“Tak tanya dia?”

Dia sambung lagi. Kemudian kepada Farihin.

“Betul awak datang untuk temuduga dengan Datin Paduka?”

In tersenyum lucu.

“Saya tak pasti kalau saya betul-betul nampak macam salesman. But, yeah. I’m coming for the interview session with Datin Paduka.”

Aaron, lelaki itu mengangguk perlahan. Beralih semula kepada dua pengawal di hadapannya.

“Che Mad, Puan Mah, lain kali saya tak mahu kejadian sebegini berlaku lagi, ya? Tanya baik-baik dengan guess. Kalau Datin Paduka tahu, teruk kita kena. Saya tak mahu ada kecoh-kecoh begini lagi ya? Faham?”

Dia bercakap seakan berbisik kepada kedua mereka. Sikit-sikit suaranya jelas memasuki rongga telinga In. Dia hanya senyum. Seperti selalu.

Have I told you, face-painting could make yourself looking silly? Even if it’s someone else you face-painted. And you have to pay for it.

“Come here, Mr...”

“Farihin. In”

“Farihin. Sure. Please. Saya bawa kamu berjumpa dengan Datin Paduka. She’s waiting for you.”

Mereka bergerak mengekori jalan-jalan ke pintu utama. Lif terbuka dan keduanya masuk.

.....

“By the way, I’m Aaron. Aaron Aziz.”

Lelaki itu memperkenalkan namanya.

“I’ve heard. And, my name is Farihin. Farihin Ahmad”

Aaron senyum. Mengangguk perlahan.
“That’s kind of havoc.”

“Havoc?”

In diselubungi misteri.

“Yeah, what can I do, right?”

Aaron tergelak kecil.

“Belum bekerja awak dah buat kecoh. Our VLA going to have such a famous P.A!”

“VLA? P.A?”

Kali ini, misteri betul-betul mengerumuninya.

“What do you mean, Mr. Aaron?”

“Awak interview for VLA’s P.A. right?”

“Nope, I’m here for Columnist post!”

Sungguh, bulat betul matanya memandang lelaki di dalam lift bersamanya.

“Seriously?”

“Yeah!”

Dia menjawab dengan bersungguh-sungguh.

“But, the only post available is the P.A. post for our VLA. I mean Vice Leading Author.”

Masing-masing buntu. Hairan.

“Plus, it’s your name, Farihin Ahmad on the list.”

Dia menambah.

"The list for the post. The VLA’s Personal Assistant post. The only name if I may add.”

In terkejut. Dunia betul-betul bijak menyusun drama.

Is the world putting prank onto me? He said, in heart.

“Then, what about the letter?”

Dia serahkan surat yang kemas berlipat di dalam sampul putih bertanda nama syarikat itu kepada Aaron yang masih yakin dengan faktanya. Dia mengambilnya dan membca laju. Ditelitinya lama.

“Ok.”

Ok-nya semacam pelik intonasinya.

“I believe there’s a very reasonable explanation of it”

Dia cuba menenangkan keadaan. Keningnya terangkat ke sebelah sambil sengat kepalanya.

“Okay, the last time I heard that sentence, I ended up losing all that I have in my room!”

Suaranya tinggi. Tidak percaya dengan ronta suasana. Lift laju bergerak ke tingkat 12.

“Sorry?”

Aaron bingung.

“Nothing. I’m screwed!”

Farihin mula panik.

“It’s okay. I believe... no, I know that we could handle this”

“Yeah, really? How?

Lift terbuka. Tingkat 13. Sebuah pintu besar dengan kayu jati berukir cantik di depan mereka. “Pengerusi” terpampang pada pintu tersebut. “Datin Paduka Siti Nurhaliza Taruddin” berselang sebaris di bawahnya.

“Well, we’ll start in here!”

Aaron mempersila lelaki itu ke arah pintu tersebut.

“I believe she has all the answers!”

“Yeah, thanks to believe it!!”

And the real question is, who is the face-painter?

(bersambung...)


Suara Di Balik Layar


Melodi Kristal - Siti Nurhaliza
Mp3-Codes.com