Kisah Sang Penglipur Lara

Kisah Sang Penglipur Lara
Kisah Sang Penglipur Lara

Layar Sang Penglipur Lara

Layar Sang Penglipur Lara
Tinta Layar

Monolog

Monolog
Luahan rasa hati

Novel

Novel
Novel

Cerpen

Cerpen
Cerpen

Puisi

Puisi
Puisi

Khazanah

Khazanah
Puisi Tradisional

Cerita Kita

Cerita Kita
Pandangan isu semasa seni tulis

Bisik-bisik

Bisik-bisik
Ulasan karya terkemuka

Sunday, February 27, 2011

Novel : Lelaki (Episod 2: Bahagian 1)


LELAKI (EPISOD 2: BAHAGIAN 1)

This is a story of a guy named ‘Lucky’. But it’s not Britney Spears’ Lucky song as this guy actually named Lelaki (man). He never wakes up early morning to ‘knock-knock’ on the door; neither has time for makeup but the perfect smile he always own.  
As for today he wakes up very early in the morning for his first day working in the big city of Kuala Lumpur. And in this episode, he will teach us about one thing, we as human would always do. That is, clothing. Or you might know it as face-painting too.

...

Sebuah beg sederhana besar berisi dua fail berasingan masing-masing berwarna biru dan hitam dikeleknya di sebelah kanan. Kemeja putih sesuai membaluti tubuhnya dengan padanan tali leher hitam sederhana menirus di tengah dadanya. Sepasang dengan seluar slack hitam dan kasut hitam yang berkilat, lelaki itu bergegas keluar pangsapuri di tengah kota itu, menuju ke stesen bas berdekatan. Ada beberapa pasang anak mata mengekori gerak tubuhnya. Tiga gadis sedang duduk berasingan serta dua lagi berdekatan mereka giat berbicara dalam bisik-bisik yang halus. Seorang pemuda berdiri tegak di hujung barisan mereka juga kelihatan segak berbaju kemeja dan berkasut kulit. Dan di hadapan mereka berdiri dua lelaki berbangsa asing yang putih kulitnya serta bertubuh tegap, tinggi lampai. Lebih segak daripada semua yang ada.

Suatu ketika, suara Allahyarham Sudirman Haji Arshad mendendangkan lagu Basikal Tua memecah hening. Lelaki di hujung sekali menjeling ke arahnya. Dia senyum manis. Seperti selalu. Tiada balasan. Telefon bimbit murah miliknya dibuka. Satu mesej ringkas tertera.

“Are you sure you are okay taking bus? Abang can fetch you up.”

Dia membalas semula.

“I’m perfectly fine. Thanks.”

Telefon itu disarungkan semula ke dalam poket seluarnya. Memandang ke sekeliling menanti-nanti bas yang masih belum muncul. Pagi masih hening. Rasa-rasanya, dia memang sentiasa awal ke mana sahaja arah tujunya.

“Hensemnya!!”

Suara yang mula-mula senyap terkuat sedikit daripada asalnya. Dua gadis yang berbisik tadi tersipu-sipu malu apabila suara mereka menarik perhatian khalayak di sekeliling mereka. Dia tersenyum sendiri. Dia faham, kedua-dua wanita itu sedang berkira-kira tentang ketampanan dua pemuda berbangsa asing di hadapan mereka. Tiga gadis lain menampakkan rasa jengkel dan meluat sedang pemuda di tepinya seperti teragak-agak. Dia menggeleng-geleng menonton cerita mereka.

Haruslah, mana-mana gadis yang melihat dua lelaki bangsa asing yang putih melepak, rambut tersikat rapi dan berkilau, dengan baju segak menyarung susuk mereka, berkaca mata hitam dan berlagak macho di luar tempat orang kebanyakkan, pasti hati terpikat sudah. Dia dan lelaki di sampingnya hanya pelengkap tempat. Tiada penyeri.

Lelaki yang tadi berdiri lemah dilihatnya tiba-tiba bergerak lurus. Matanya tak lekang memandang dua gadis yang masih rancak berborak. Sesekali rambutnya yang menyilaukan mata dirapikan dengan tangan. Kaca matanya berbingkai hitam dibetul-betulkan setiap kali anak mata gadis-gadis itu teralih kepadanya. Senyum In bertambah panjang. Mengerti.

Waima jelas keinginan lelaki itu, dua gadis itu seakan menutup sebelah mata mereka daripada memandangnya. Pemuda yang tadi cuba menawan perhatian gadis berkurung kuning itu mula memerhati dua pemuda berbangsa asing di hadapan mereka. Barangkali tercabar dengan kaca mata hitam yang menyilau dipakai mereka, pemuda tadi segera menukar cermin matanya dengan kaca mata hitam berjenama ‘Rayban’. Cuba berlagak segak di hadapan gadis yang hakikatnya masih menjeling menyampah dengannya. Kali ini, In mula tergelak kecil sehingga suaranya terkeluar. Pemuda tadi segera berpaling dengan rasa tidak puas hati. In senyum. Lagi.

“Maaf. Saya Farihin.”

Dia menghulur tangannya mesra. Tak bersambut. Lelaki tadi menggeliat cuba menjauhi tangan kecil lelaki mesra itu. Jari telunjuknya menolak bawah hidungnya yang tidak gatal. Rambutnya yang lurus dibelah tengah berhayun perlahan. In mengangguk kecil dengan senyum yang melebar.

“It’s okay. Let me tell you one thing. Saya rasa berkaca mata hitam ketika matahari pun tak bangun lagi, bukan stail yang macho. If you’re trying to act macho like those two foreigners, saya rasa awak patut tahu yang mereka sebenarnya sakit mata.”

Pemuda tadi kelihatan kaget. Tidak percaya.

“Why do you think they’re avoiding us since then? Penat kot berdiri. There are still a few seats here.”

Bisiknya perlahan. Pemuda tadi masih hairan.

“Kenapa pulak? Aku pun tak duduk apa?”

Dia senyum mendengar kata-kata pemuda tersebut.

“That’s because you are afraid to these girls here, right? Kau nak mengorat tapi malu kan?”

Wajahnya tertarik. Manalah lelaki ini tahu semua itu. Dia kelihatan tersenyum lagi. Pemuda itu memandangnya lama.

“Aku Zed”

Pelawanya.

“Zed?”

Lelaki itu menjawab pelawaan perkenalan pemuda tersebut. Mukanya berkerut.

“Eh, dia ni!”

Getus hati kecilnya. Bahaya betul!

“Zaidi. Nama aku Zaidi”

Membalas semula dengan jujur.

“Nice name. As I said, aku Farihin. Call me In, and I’m okay to call you Zed, by the way. If that will make you please.”

Dia mula bergelak mesra. Lelaki itu senyum kambing lalu duduk di sebelahnya bersembang seketika sebelum bas tiba dari kejauhan masa yang meninggalkan mereka. Katanya, “Don’t act as somebody of anybody you don’t know. But yourself to live.” Zed leka berbual dengannya sehingga bas akhirnya berhenti di sebuah jalan berdekatan sebuah ibupejabat majalah tempatan. Lelaki itu segera menamatkan perbualan mereka dan berlalu pergi. Destinasinya sudah sampai, di mana kisahnya bakal bermula dan berpanjangan.

(bersambung..)




Wednesday, February 23, 2011

Novel : Kerana Irhadah (5)

"Dalam sebuah muara hidup, adakah bercampuran dua air berlainan asal dan asinnya?"

    -KERANA IRHADAH, sebuah adaptasi
    nukilan Hanam Hamid, Seputeh Salju


Senja menyapu awan sekali lagi dengan jingga yang membara. Mentari yang mengecat hujung ufuk dengan warna yang lebih terang, dan lautan yang dapat dilihatnya daripada situ terbayang warna yang serupa. Muara sungai tempat dia berdiri mengalir perlahan. Sudut akalnya beringat-ingat sendiri pesan Abah ketika sampai di muara ini. Meskipun bersatu dua hujung sungai dan laut, airnya tidak pernah bercampur antara satu sama lain. Masing-masing menjaga ruang dan sempadan masing-masing. Tidak lebih, tidak kurang. Cukup pada tempatnya. Ada barangkali sudah begitu ketentuanNya. Seperti lakar ayat yang disusun dalam firmanNya dalam Surah Al-Rahman, ayat 19 dan 20: "Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya."

Farizz mencungkil pepasir halus yang membasah dan melekat sesama mereka dengan ranting kecil yang dipatahkannya dari dahan pohon rhu yang merendang di pesisir pantai itu. Bundanya menghilang entah ke mana bersama Farhan yang masih kelihatan bodoh daripada usianya yang sudah akhil baligh itu. Manja sangat dengan Bundanya. Farizz mengetap bibirnya geram. Tangannya kuat menguis lantai pantai yang mula becak dengan rebahan ombak. Berdikit geramnya menerobos, ranting kecil di tangannya tersentap patah. Kaget timbul. Matanya membulat.

"Hati kita macam ranting itulah. Apabila marah memuncak, patahlah ia kerana rakus."

Wajah Abah menyelinap masuk ke ruang pandangannya. Farizz menutup matanya rapat. Enggan melihat lelaki itu. Wajah itu mahu dia lupakan. Rasa pedih dikhianati Abahnya. Ditahan perasaan itu lama. Semakin rapat matanya dipejamkan, semakin dekat rindu berlari ke hatinya. Terketar-ketar tubuhnya menahan rasa yang memuncak. Hela nafas abah terasa semakin akrab menyentuh deria rasanya. Dia bangkit laju. Dia deras memeluk tubuh di hadapannya. Rasa rindu pada Abah terpunggah.Tiba-tiba terasa kecil tubuh yang dipeluknya.

"Abang.."

Matanya dibuka dengan tangkas. Secepat kilat, pelukannya dilonggarkan. Tangan yang asalnya lembut merangkul tubuh kecil itu sepantas itu juga menolak keras ramping susuk Farhan. Bedebuk bunyinya. Jatuh Farhan tidak menyakitkannya selain rasa hairan dengan laku Farizz yang luar biasa itu.

“Farizz!”

Daripada jauh pekikan suara Bunda berlari menendang gegendang telinga Farizz. Dia sentap sendiri. Bengis masih menghias alis mata dan tebing bibirnya. Merah menyinga. Menyeringai hingga bulu-bulu romanya tegak bercancang. Bunda sepelaung jaraknya perlahan-lahan cuba sampai ke destinasi dua anak kecil itu beraksi. Kening atas dua matanya berkerut-kerut melebihkan jumlah kedut di raut muka tuanya. Dengan segera, Farhan dibangunkannya lalu disapu debu-debu pantai yang mengerumuni sekitar tubuhnya yang mencumbui pasir pantai.

“Kenapa Izz buat Adik macam tu? Tak baik!”

Marahnya suam. Masih pelik dengan tindakan anak sulungnya.

“Dialah... kenapa peluk Izz tiba-tiba? Gila ke?”

“Farizz! Jaga kata kamu!” Bengang mula menghangatkan amarahnya.

“Tapi Abang yang peluk Adik dulu...”

“Ah, kau diam! Siapa nak peluk kau?! Kau bukan adik aku! Kau anak...”

“Cukup Farizz! Bunda kata cukup!” Panas mula marak membakar setiap sumbu sabarnya.

Farhan masih diam. Dia berdiri tegak sambil matanya merenung Farizz dengan rasa tidak cukup. Farizz menjeling tajam menikam lantai bumi. Dia mendengus marah. Langkah dibukanya seribu seperti kakinya mampu menghujan menikam pasak bumi. Bunda bangkit daripada lututnya yang rebah. Kepalanya menggeleng-geleng perlahan. Nafasnya merungut keluar daripada lubang hidungnya panas. Sekilas matanya menangkap kelibat Farhan, anak kecil itu cuba membuka mulut menyatakan penjelasan yang mungkin.

“Tak apa An, Bunda faham. Mari kita beransur.” Lembut dan santun suara Bunda memujuk anak bongsunya.

Farhan mengangguk perlahan. Senyum mula terletak semula. Tangan tua Bunda yang menguja disambutnya baik. Tangan yang satu lagi dihayunkannya keanak-anakan. Dua beranak itu pulang daripada sebuah lawatan yang wajib bagi Bunda, mengikuti jejak Farizz yang mula kecil jauh dari mereka. Dalam suka Bunda menonton keletah Farhan, hatinya menyimpan duka, peristiwa yang telah ditelaahnya bakal menyosot babak cerita keluarga kecilnya.


 (bersambung...)

Friday, February 18, 2011

Xanadu - Kubla Khan

i went watching with my friend for a movie tonight. it's a true story adaptation, recast by few great actors. one thing to learn from the story, always believe that; 
"something is done because you have to do it. and you know what you have to do."

and through this story, i have captured one great poem sung by the father of Josh, Frank.
 
this is the poem, written by

Samuel Taylor Coleridge

and we call it:

Xanadu
Kubla Khan

In Xanadu did Kubla Khan
A stately pleasure-dome decree:
Where Alph, the sacred river, ran
Through caverns measureless to man
Down to a sunless sea.
So twice five miles of fertile ground
With walls and towers were girdled round:
And there were gardens bright with sinuous rills,
Where blossomed many an incense-bearing tree;
And here were forests ancient as the hills,
Enfolding sunny spots of greenery.
But oh! that deep romantic chasm which slanted
Down the green hill athwart a cedarn cover!
A savage place! as holy and enchanted
As e'er beneath a waning moon was haunted
By woman wailing for her demon-lover!
And from this chasm, with ceaseless turmoil seething,
As if this earth in fast thick pants were breathing,
A mighty fountain momently was forced:
Amid whose swift half-intermitted burst
Huge fragments vaulted like rebounding hail,
Or chaffy grain beneath the thresher's flail:
And 'mid these dancing rocks at once and ever
It flung up momently the sacred river.
Five miles meandering with a mazy motion
Through wood and dale the sacred river ran,
Then reached the caverns measureless to man,
And sank in tumult to a lifeless ocean:
And 'mid this tumult Kubla heard from far
Ancestral voices prophesying war!
The shadow of the dome of pleasure
Floated midway on the waves;
Where was heard the mingled measure
From the fountain and the caves.
It was a miracle of rare device,
A sunny pleasure-dome with caves of ice!
A damsel with a dulcimer
In a vision once I saw:
It was an Abyssinian maid,
And on her dulcimer she played,
Singing of Mount Abora.
Could I revive within me
Her symphony and song,
To such a deep delight 'twould win me
That with music loud and long
I would build that dome in air,
That sunny dome! those caves of ice!
And all who heard should see them there,
And all should cry, Beware! Beware!
His flashing eyes, his floating hair!
Weave a circle round him thrice,
And close your eyes with holy dread,
For he on honey-dew hath fed
And drunk the milk of Paradise.

so if we could learn from it. we'll realize how the life to teach to be self.

Thursday, February 10, 2011

Khazanah : Perbilangan Adat

Perbilangan Adat merupakan salah satu bentuk puisi tradisional yang pastinya merupakan khazanah penting buat budaya Melayu. Jelasnya, puisi ini jarang dikenali umum kerana sifatnya tertutup dan sedikit terarah kepada perkumpulan. Meski dilihat sebagai satu bentuk puisi minor yang tidak begitu terkenal berbanding syair, gurindam atau hikayat. Prosa tradisional ini seharusnya diberi pendedahan yang serupa bagi memastikan kehalusan kata dan sirat bicaranya tidak dibiar luput dek hujan serta terlekang dek panas.
Bahasa tuturan biasanya menggunakan perkataan-perkataan yang lebih sinonim dengan adat sesuatu kaum, di sesuatu tempat pada dahulu kala. Malah, terkadang bahasa dan susun proksi juga dianggap mengelirukan dan terlalu sukar difahami. Namun, hasil telaahan dan kajian bahasa yang ringkas sebenarnya mampu melahhirkan ekspresi makna di sebalik khazanah Perbilangan Adat seperti contoh di bawah ini:

Penakek pisau seraut
Ambil galah batang lintubong
Seludang ambil ke nyiru
Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru.

—————-

Ungkapan ini tidak seharusnya tinggal di dalam lipatan perbilangan adat. Ia harus dihayati dan dijadikan pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu kerana di sebalik keindahan bahasa terdapat falsafah yang tinggi yang boleh dijadikan pedoman hidup dan motivasi di dalam mencapai kejayaan. Pemikiran terpenting yang dapat dirumuskan dari ungkapan ini ialah memotivasikan supaya terus memajukan diri dan menuntut ilmu.

Ungkapan ini berpusat kepada seruan untuk berikhtiar dan berusaha juga berdaya kreatif kerana (yang setitis jadikan laut/ yang sekepal jadikan gunung). Ia menyemaikan nilai positif dan optimis bahawa manusia boleh melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan hidupnya. Kejayaan dapat dicapai melalui usaha yang berterusan.

Pandangan yang terpancar dari ungkapan ini adalah juga selaras dengan ajaran Islam untuk berusaha, bersabar dan bertawakal. Al- Quran membawa ajaran bahawa manusia mempunyai daya ikhtiar. Semangat inilah yang menjadi faktor yang membawa kemajuan kepada umat Islam seperti yang diperjelaskan oleh Syed Naguib Al-Attas ketika membicarakan peranan Islam di dalam pembangunan tamadun Melayu. Tamadun Melayu dibangunkan oleh semangat yang dibawa oleh al- Quran yang menganggap manusia sebagai “mempunyai daya ikhtiar”.

“Setitis jadikan laut/sekepal jadikan gunung” adalah saranan untuk bekerja kuat mencari rezeki untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Seruan ini dapat disandarkan kepada banyak ayat al-Quran, di antaranya, yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)” (Al-Jumu‘ah; 10).

Alam fizikal bukan sahaja merupakan tempat bagi insan meneruskan hidup tetapi juga merupakan ayat-ayat Tuhan yang boleh dibaca oleh mereka yang mempunyai akal. Manusia diminta mempelajari ilmu mengenai alam di sekelilingnya. Ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia mendapatkan “ilmu’ dengan cara memerhati, menyelidik, mentafsir adalah banyak sekali. Semua ini dirumuskan melalui ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Iqra.

“Alam terbentang jadikan guru” menyatakan bahawa objek-objek alam fizikal adalah petanda-petanda yang memandu untuk memahami makna kejadian atau penciptaan serta keindahan. Mesej penting adalah agar manusia menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Islam menyatakan dengan jelas bahawa “menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas umat Islam baik lelaki ataupun wanita”(hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

kredit kepada Haniey.
"Khazanah Bahasa, Pegangan Jiwa"

Suara Di Balik Layar


Melodi Kristal - Siti Nurhaliza
Mp3-Codes.com