Kisah Sang Penglipur Lara

Kisah Sang Penglipur Lara
Kisah Sang Penglipur Lara

Layar Sang Penglipur Lara

Layar Sang Penglipur Lara
Tinta Layar

Monolog

Monolog
Luahan rasa hati

Novel

Novel
Novel

Cerpen

Cerpen
Cerpen

Puisi

Puisi
Puisi

Khazanah

Khazanah
Puisi Tradisional

Cerita Kita

Cerita Kita
Pandangan isu semasa seni tulis

Bisik-bisik

Bisik-bisik
Ulasan karya terkemuka

Monday, March 7, 2011

Novel : Kerana Irhadah (6)


"Mengapakah adanya hitam dalam putih yang mewarnai mega?"

    -KERANA IRHADAH, sebuah adaptasi
    nukilan Hanam Hamid, Seputeh Salju

Keringat tuanya jatuh meleleh daripada dahi yang berkedut itu. Dilapnya sesekali dengan tangan yang penat memegang cangkul. Terik mentari Tuhan membakar kulit usangnya. Rasa lumpuh menyengat sendinya berterusan. Bunda berhenti seketika. Badannya ditegakkan, melarikan darah dan otot-otot keluar daripada kekejangan. Kelibat Farhan yang membongkok leka mencabut rumpai-rumpai kecil mengerumuni batas pohon cilinya menarik perhatiannya. Tekun sekali anak kecil itu bekerja. Di bibirnya sentiasa ada senyum. Malah, dalam cengkaman terik mentari itu pun, lakunya pada batas kering itu bagai terbaja dengan rasa kasih dan sayang yang tak terbendung.

Kilas matanya beralih pula kepada abang yang setahun lebih tua daripada anak kecil itu. Farizz, biarpun umur baru setahun jagung sudah pandai berdiri di susuk sendiri. Tangannya tangkas bermain sabit menebas lalang yang galak bermandiri. Mukanya sentiasa kelat dan serius. Dia tahu, bukan kerana benci terpaksa berkerah keringat sejak kematian Abahnya, namun kehidupan yang telah menolaknya ke puncak hierarki keluarga menjadikan dia lebih matang dan serius. Hakikatnya, kehidupan menjadikan dia berbeza sekali dengan adik kecilnya. Kehilangan Abah masih menjadi punca Farizz menjadi lawan kepada adiknya, Farhan. Entah di mana sebabnya, dia sendiri jenuh memikirkannya.

Kebun yang sekangkang kera di hujung laman belakang rumahnya itu baru kini diusahakan semula Bunda. Sejak kematian Farukh, kebun itu terbiar sendiri tanpa dipedulikan. Lantaran rasa perlu mencari isi perut yang mula kebuluran, tanah sebidang itu dibaik semula seperti asal ketika arwah ada. Tidak perlu lagi bergolok gadai membeli ulam seikat, sudah ada ditanamnya di situ. Pun tika ramai mencari pucuk muda untuk disaji kepada pelanggan, boleh juga dia jualkan. Tidak banyak pun, cukup menampung belanja dua beradik itu sehari dua.

“Bunda, ini pucuk apa?”

Si kecil meluru kepadanya sambil menghulurkan dedaun muda. Dia tersenyum dan menghidu seketika. Baunya menyeka deria baunya.

“Emm..uhukk..uhukk”

Belum keluar jawapan yang diingini Farhan, Bundanya terlebih dulu terbatuk-batuk. Asalnya ringan kemudiannya bertambah berat. Anak kecil di hadapannya tergamam.

“Far..uhukk..uhukk..”

Batuknya langsung tak berhenti. Merah padam mukanya bagai dicabai. Badannya terbongkok-bongkok bagai sabut kelapa. Peritnya menarah air matanya turun berjuraian. Farhan digelumangi takut. Diam dan membatu.

“Bunda! Bunda!”

Farizz daripada jauh langsung membuang sabit yang melekat di tangannya. Kakinya berlari selaju mungkin menerpa Bunda yang menahan perit di anak tekaknya.

“Apa kau buat?!”

Jerkahnya membesar terhadap Farhan yang dari tadi diam menuli di situ. Matanya bundar menyinga.

“Kau nak bunuh Bunda pula ke, hah?”

Sekali lagi, seperti episod sudah, tangan kasarnya menolak Farhan kuat. Bezanya kali ini, Farhan mula kukuh berdiri. Berganjak sedikit namun kekal terpacak.

“Farizz..uhukk..uhuk!”

Bunda cuba mengawal sulit yang mengusut dua beradik itu. Malangnya, sakitnya menggagalkan tegahannya. Mujur, Farizz cepat beralih ke arahnya. Anak sulungnya itu menepuk perlahan belakangnya dengan lembut. Matanya disalut rasa kasih dan simpati.

“Ambil cangkul dan sabit tu. Kemas barang-barang cepat, simpan di belakang!”

Arahnya pada Farhan segera mendapat reaksi positif. Dengan segera Farhan bertindak. Barangkali takut memaksanya bergerak pantas. Farizz pula memapah Bunda perlahan ke dapur. Dalam hatinya cepat berfikir; dapatkan air untuk Bunda dan baringkan Bunda untuk berehat.

Tengah hari melakar di tengah langit. Selesai Zuhur, Bunda masih gering di pangkin anjung. Farizz dan Farhan terpaksa diam, biarpun lapar mula meratah perut mereka.

(bersambung...)

No comments:

Post a Comment

Suara Di Balik Layar


Melodi Kristal - Siti Nurhaliza
Mp3-Codes.com