Kisah Sang Penglipur Lara

Kisah Sang Penglipur Lara
Kisah Sang Penglipur Lara

Layar Sang Penglipur Lara

Layar Sang Penglipur Lara
Tinta Layar

Monolog

Monolog
Luahan rasa hati

Novel

Novel
Novel

Cerpen

Cerpen
Cerpen

Puisi

Puisi
Puisi

Khazanah

Khazanah
Puisi Tradisional

Cerita Kita

Cerita Kita
Pandangan isu semasa seni tulis

Bisik-bisik

Bisik-bisik
Ulasan karya terkemuka

Thursday, February 10, 2011

Khazanah : Perbilangan Adat

Perbilangan Adat merupakan salah satu bentuk puisi tradisional yang pastinya merupakan khazanah penting buat budaya Melayu. Jelasnya, puisi ini jarang dikenali umum kerana sifatnya tertutup dan sedikit terarah kepada perkumpulan. Meski dilihat sebagai satu bentuk puisi minor yang tidak begitu terkenal berbanding syair, gurindam atau hikayat. Prosa tradisional ini seharusnya diberi pendedahan yang serupa bagi memastikan kehalusan kata dan sirat bicaranya tidak dibiar luput dek hujan serta terlekang dek panas.
Bahasa tuturan biasanya menggunakan perkataan-perkataan yang lebih sinonim dengan adat sesuatu kaum, di sesuatu tempat pada dahulu kala. Malah, terkadang bahasa dan susun proksi juga dianggap mengelirukan dan terlalu sukar difahami. Namun, hasil telaahan dan kajian bahasa yang ringkas sebenarnya mampu melahhirkan ekspresi makna di sebalik khazanah Perbilangan Adat seperti contoh di bawah ini:

Penakek pisau seraut
Ambil galah batang lintubong
Seludang ambil ke nyiru
Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru.

—————-

Ungkapan ini tidak seharusnya tinggal di dalam lipatan perbilangan adat. Ia harus dihayati dan dijadikan pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu kerana di sebalik keindahan bahasa terdapat falsafah yang tinggi yang boleh dijadikan pedoman hidup dan motivasi di dalam mencapai kejayaan. Pemikiran terpenting yang dapat dirumuskan dari ungkapan ini ialah memotivasikan supaya terus memajukan diri dan menuntut ilmu.

Ungkapan ini berpusat kepada seruan untuk berikhtiar dan berusaha juga berdaya kreatif kerana (yang setitis jadikan laut/ yang sekepal jadikan gunung). Ia menyemaikan nilai positif dan optimis bahawa manusia boleh melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan hidupnya. Kejayaan dapat dicapai melalui usaha yang berterusan.

Pandangan yang terpancar dari ungkapan ini adalah juga selaras dengan ajaran Islam untuk berusaha, bersabar dan bertawakal. Al- Quran membawa ajaran bahawa manusia mempunyai daya ikhtiar. Semangat inilah yang menjadi faktor yang membawa kemajuan kepada umat Islam seperti yang diperjelaskan oleh Syed Naguib Al-Attas ketika membicarakan peranan Islam di dalam pembangunan tamadun Melayu. Tamadun Melayu dibangunkan oleh semangat yang dibawa oleh al- Quran yang menganggap manusia sebagai “mempunyai daya ikhtiar”.

“Setitis jadikan laut/sekepal jadikan gunung” adalah saranan untuk bekerja kuat mencari rezeki untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Seruan ini dapat disandarkan kepada banyak ayat al-Quran, di antaranya, yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)” (Al-Jumu‘ah; 10).

Alam fizikal bukan sahaja merupakan tempat bagi insan meneruskan hidup tetapi juga merupakan ayat-ayat Tuhan yang boleh dibaca oleh mereka yang mempunyai akal. Manusia diminta mempelajari ilmu mengenai alam di sekelilingnya. Ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia mendapatkan “ilmu’ dengan cara memerhati, menyelidik, mentafsir adalah banyak sekali. Semua ini dirumuskan melalui ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Iqra.

“Alam terbentang jadikan guru” menyatakan bahawa objek-objek alam fizikal adalah petanda-petanda yang memandu untuk memahami makna kejadian atau penciptaan serta keindahan. Mesej penting adalah agar manusia menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Islam menyatakan dengan jelas bahawa “menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas umat Islam baik lelaki ataupun wanita”(hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

kredit kepada Haniey.
"Khazanah Bahasa, Pegangan Jiwa"

No comments:

Post a Comment

Suara Di Balik Layar


Melodi Kristal - Siti Nurhaliza
Mp3-Codes.com