Kisah Sang Penglipur Lara

Kisah Sang Penglipur Lara
Kisah Sang Penglipur Lara

Layar Sang Penglipur Lara

Layar Sang Penglipur Lara
Tinta Layar

Monolog

Monolog
Luahan rasa hati

Novel

Novel
Novel

Cerpen

Cerpen
Cerpen

Puisi

Puisi
Puisi

Khazanah

Khazanah
Puisi Tradisional

Cerita Kita

Cerita Kita
Pandangan isu semasa seni tulis

Bisik-bisik

Bisik-bisik
Ulasan karya terkemuka

Tuesday, February 12, 2013

Puisi : Tidur


Teman lama berjaga,
Dari terbit fajar hidup,
Sehingga terang rembulan malam.

Angka usia kian meningkat,
Menggugurkan rahang gigi,
Meluruhkan akar rambut.

Jiwanya makin kosong,
Terasa terlebih penat,
Lelah.

Dia berharap dia boleh segera tidur,
Lebih cepat daripada biasa,
Lebih lama menikmati lena,
Penat menahan mata.

Dia merenung lama tika malam,
Berharap siang takkan cepat datang,
Ingin lama menjiwai redup malam,
Melepaskan lenguh rasa,
Bisa segera tidur.

Namun malam dan siang itu takdir Tuhan,
Yang menabirkan satu antaranya,
Bukan boleh diminta, atau diusaha,
Selain pasrah segala kuasaNya.

Selagi matanya terbuka,
Malam atau siang,
Tidur cuma mati yang seketika.

Hanam Hamid
941 Malam
12 Februari 2013

"Saat malam mendatang, letih menelanjang, lantas Al-'Imran ke 26 dan 27 menjadi jalan penerang."

Monday, January 21, 2013

Puisi : Bundar atau Genap?


Bundar,
Pada nombor takdir yang tak pasti,
Berlegar di ruang mimpi,
Bertakung dengan serpihan emosi.

Genap,
Rentak langkah sumbang Si Penari,
Mengikut irama songsang fantasi,
Di mana berpijak kaki,
Di lantai penuh berduri.

Bundar,
Bentuk bola mata menyeringai,
Tersembul menanti mati,
Hati yang sudah basi,
Mengharap kasih Ilahi,
Berasa benci, dan maki.

Genap,
20 Sifat berganti-ganti,
Tiada hak untuk suara ini mempertikai,
Susun atur jadual Yang Abadi,
Kita tidak peduli,
Dia yang Maha Hakiki.

Bundar,
Tujuh puluh satu jalan,
Sempit dan jauh terkehadapan,
Gelap dan suram menjadi teman,
Amal bakti menjadi bekalan,
Hidup ke mana haluan?

Genap,
Sudut kasih yang Maha Misteri,
Di mana hikmah Dia sembunyi,
Menangis hari ini, di pangkalan memori,
Sedang yang tertulis di Qalam Ilahi,
Belum lagi ditemui.

Bundar atau genap?
Itu pilihan Ilahi. 

Tuesday, September 11, 2012

Puisi : Menghadap Lembayung Ao Nang

Menghadap Lembayung Ao Nang


Masih menyusur jalan batu yang serupa,
Memerhati mereka yang putih dan lampai berjalan menerpa,
Melarikan anak mata daripada bertembung,
Memandang ke hadapan,
Merenung dalam ke lubuk raga.

Aku menghadap lembayung di depanku,
Jingga kelopak yang meluruh,
Gugur membenam luas samudera.

Maha suci Allah yang menjadikan senja,
Menurunkan labuh tirai siang,
Pada ufuk barat pantai Ao Nang,
Menyeka pada rimba mata.

Masih terlekat deru ombak yang menggigit pantai,
Kerikil halus masih juga bercumbu di celahan jemari kaki,
Membawa pandangan jauh mengintai kumpulan tanah pulau,
Merendahkan riak dan takbur hati,
Meninggikan rasa kerdilnya diri,
Setiap saat, mengingati Ilahi.

Aku terlalu leka menghadap lembayung Ao Nang,
Menghayati petang di tabir bumi,
Medepani cerah mentari Ilahi,
Merakam detik suara lautan,
Mensyukuri nikmat Tuhan,
Menzikiri ciptaanNya.

Di kotak ini aku berdiri,
Memaksa diri terus mempercayai Ilahi,
Tika takat umur semakin menghampiri,
Kekuatanku diseru bunyi bayu,
Dan sepasang mempelai emas bercandaan,
Meyakini hati untuk terus menghargai,
Detik mati, yang pasti.

Sewaktu menghadap lembayung Krabi,
Dakap mata pada silau mentari,
Biar perjalanan ini,
Biar pesanan ini,
Kekal terpahat di dalam memori,
Dan abadi.

Hanam Hamid,
Ao Nang, Krabi, Thailand.
September 9, 2012.
6:45 petang.

Sunday, April 29, 2012

Novel : Lelaki (Episod 3: Bahagian 1)

"My first task". Farihin berhenti sebentar. Mata menumpu kepada skrin komputer ribanya. Lama.

"Football, Fans and Facts". Dia berhenti sekali lagi. Jemarinya gagal menari lagi di atas papan kekunci. Dia cuba berdiri. Separuh masa, dia duduk kembali. Termenung lagi.

Fahrin berdiri rapat di belakangnya. Sengaja muncul tanpa sedetik bunyi pun. Farihin masih dalam dunianya. Fahrin senyum kambing. Cuba menyakat, dia membuka mulutnya bersuara. 

"Perlukah semua lelaki minat dan pandai main bola sepak?"

Farihin mendahului sebelum sempat abangnya memecah hening. Fahrin mengeluh kecil. Kelakar.

"Tentulah!"

Yakin. Suaranya memuncak.

"Emmm.."

Farihin mencebik bibir mungilnya. Mengeleng-geleng sedikit. Separuh yakin akan jawapan itu.

"I doubt that.."

Sambungnya. Dia menongkat dagunya. Mata masih menumpu skrin. Fahrin mencekak sebelah tangannya ke pinggang. Dia menunduk sedikit membaca isi tulisan adiknya di skrin. Hanya tujuh perkataan tertera. Keningnya berkerut.

"Apa ni? Your first task? Football?"

"Yeah.. Too bad"

Fahrin tergelak besar. Farihin mengecilkan matanya dan menyengetkan kepala. Kemudian menggaru-garu sebelah lehernya.

"I have nothing. No clue. At all!"

Dia menghantuk-hantukkan kepalanya ke atas meja. Gelak Fahrin bertambah besar. Dia meletakkan tangan di bahu Farihin.

"Esok ikut abang ke UPM. You'll like it once you watch it"

"I don't want to like it. I just need to know it"

"Alah, ikut sajalah! After Asar, yea.."

Fahrin meninggalkan Farihin sendiri dalam biliknya. Sunyi kembali. Hanya ligat daun kipas yang bernyanyi-nyanyi.

******************

"This is obviously not football!"

Farihin menjegil sedikit matanya. Mendengus kepada Fahrin yang sibuk menukar baju jersinya. Dia hanya tersenyum nakal dan sedikit pun tidak menghiraukan fiil adiknya itu.

"Wanna play?"

Dia melemparkan sepasang jersi berwarna hitam ke muka adiknya.

"NO! This is rugby, not football.."

"Hahaha.. Sorry my American English"

Fahrin ketawa lebih kuat. Sesekali dia menggeleng-geleng kepala. Tangannya pantas mengetatkan tali kasutnya. Sekejap-sekejap dia menyapu lelehan air mata yang terpercik keluar daripada tasik matanya. Kelakar sungguh.

"Excuse me, Mr. Malay American, rugby and American football is definitely a different sport.

Jengkel. Dia membaling semula jersi kepada Fahrin.

"And that's exactly not my size.."

Dia menyambung ringkas. Sehingga suara lain menyambut.

"..but clearly mine."

Dua pasang mata menoleh. Satu susuk badan sasa di sisi mereka. Segak bersut kemeja, dan bertali leher. Dia senyum lebar. Sangat lebar.

"Bro... Jadi juga kau datang yea.."

Fahrin bingkas bangun. Tapak tangannya yang berlumuran dengan rerumput kering dikibas-kibas ke tepi seluar pendeknya. Cepat, dia memanjangkan ke arah lelaki tadi. Bersambut dengan gengaman kemas. Tangannya kemudian beralih kepada Farihin yang tercegat kehairanan.

"Adi."

Farihin mengangkat keningnya dan melempar senyum ramah.

"Farihin, his younger brother."

Tangannya terdepa ke arah Fahrin yang sibuk menyemat masuk jersi ke dalam seluar pendeknya dengan sepenuh perhatian.

"Younger brother?"

Mukanya berpaling kepada Fahrin.

"I don't know that you have one."

Mencari kepastian. Fahrin mengangkat mukanya membalas dengan ekor mata.

"Yeah, long story.."

Farihin tersenyum nakal.

"Long story short: He has a brother yang ditinggalkan di kampung.."

Suasana sepi seketika. Tiba-tiba berderai gelak tawa Adi meluruh.

"He's totally different than you, Fahrin!"

Senyuman Farihin berbau sinis. Fahrin ikut senyum, sekadar menyerah dengan lawak adiknya.

"Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas."

Fahrin tersentak. Tak endah dengan falsafah adiknya, dia menumpu kepada sahabatnya yang masih terlekat dengan kemeja dan tali leher.

"Kau tak main ke, bro? Cepatlah tukar baju"

Dia menggesa.

"No, thanks. Aku ada dinner after this. Malaslah nak berpeluh-peluh"

Dia mengelak. Tangannya terangkat menolak. Fahrin kelihatan kecewa.

Sedang padang semakin dipenuhi beberapa pemain serta penyokong masing-masing, Adi mengolah Farihin naik ke bangku di sebelah mereka.

"Shall we?"

Farihin mengangguk perlahan. Mempersilakan Adi ke depan. Masing-masing akhirnya duduk di atas para bangku tak jauh dari situ. Masa bermula seketika kemudian. Adi melantunkan suaranya bersorak.

"So, what brings you here?"

"He brings me here. well, actually my assignment is regarding this kind of sport."

"Assignment? Study?"

"No, work."

"As.."

"Journalist"

"Oh, hebat!"

Adi menyambung lagi.

"So, you write about rugby, huh?"

"Well, not exactly."

Farihin tergelak kecil. Buat kesekian kalinya.

"It's football. Not this--"

Adi senyum. Jemarinya meramas sesama sendiri. Farihin leka bercerita, sambil matanya kadang-kadang dibiar mengamati gerak Fahrin di tengah padang.
 
"This is good, though"

"What is?"

"Watching him so alive"

Farihin bersuara sedikit serak dan sayu. Adi menjadi kaku. Seperti ada rahsia yang bersembunyi jauh di sudut hati lelaki kecil itu. Adi tunduk membetulkan duduknya. Matanya sesekali dilontar ke tengah padang menonton Black Warriors ligat mengatur permainan. Terkadang dia kembali mencelah suasana dengan borak kecil dengan teman baru di sebelahnya.

Masa membiarkan permainan berlalu. Semakin jauh daripada permulaannya.


Sunday, April 22, 2012

Bisik-bisik : Beduk Diketuk (Oleh Pahrol Mohd Juoi)

Melewati sepanjang para di sebuah kedai buku tersohor, MPH, mata mengilas pada sebuah buku terbitan Telaga Biru. Buku yang hakikatnya sudah beberapa kali mencuri ruang pandangan. Biarpun pada awalnya, hati berniat sekadar mengunjungi legar ilmu itu tanpa sebarang urusan khusus, hati berbisik-sisik sendiri, memujuk akal mencari ruang untuk sedikit toleransi.

Biasa, bagi saya mengisi masa luang di gedung-gedung ilmu. Biarpun tidak pernah berharap membeli apa-apa, kadang-kadang masa yang terbiar elok juga ditanam benih-benih kecil ilmu. Sebaris atau seayat kadang kala lebih daripada cukup.

Lama memerhati muka depan buku ini, terdetak untuk meneliti isinya. Kata orang, tidak wajar diperhakim isinya sekadar menjamah apa yang tertera di luar kulitnya. Sebentar, sebuah buku yang sama terletak di ruang atas para, khas untuk bacaan olok-olok. Sepintas lalu, hati tersenyum sendiri. Wajar untuk dibeli.

Buku Beduk Diketuk tulisan Pahrol Mohd Juoi terbitan Telaga Biru.


Buku Beduk Diketuk, tulisan Pahrol Mohd Juoi, terbitan Telaga Biru ini membentuk kisah-kisah sekitaran yang diberi nafas Islamiyyah dan kefikiran yang tinggi maksudnya. Lebih baik, isinya ditulis santai dan bersahaja, menyamai cerita-cerita biasa yang selalu kita dengar, malah barangkali dialami dengan sendirinya. Kisah yang seringkali terjadi dengan benar, memerdak elemen-elemen yang mencuit perasaan, mengocak akal minda, serta diharap juga bakal menyalakan api perubahan, dalam hasrat penerbitnya melahirkan komuniti muslim yang bijak dan berakhlak Islamiyyah.

Secara personal, saya sangat terkesan dengan isu-isu yang disentuh oleh penulis. Bukan sekadar menceritakan kisah yang benar-benar terjadi, malah kupasannya mencolek kutipan-kutipan permasalahan dan persoalan yang rutin, ritual dan semasa. Cedokan analogi serta perbandingan kata dan kefahaman turut menjelaskan isi buku ini untuk menyedarkan kepentingan nilai-nilai sebenar dalam kehidupan seharian.

Ditambah dengan ilustrasi cukup kreatif Saudara Nik Wafdi, kartunis yang tidak asing lagi di Malaysia, buku ini menambah lagi unsur santai dan bersahaja serta kenakalan yang menterjemah dengan lebih halus perkara pokok yang mungkin tampil lebih serius pada dasarnya.

Berpuluh-puluh peristiwa diolah dengan pelbagai bentuk fakta dan nas-nas serta sirah yang bertulangkan akhlak Islamiyyah serta berlatar belakangkan kisah sangkala kini. Baiknya, isinya dikupas dengan mudah dan lebih personal selain dititipkan unsur humor dan relaks.

Saya akui, nukilan ilmiah yang berunsur pandangan dan kupasan isu sedikit rapuh apatah lagi jika ditimpa dengan pegangan atau pendirian pembaca yang berlainan. Namun, rendanya dibakar baik untuk menganjak paradigma dan kiblat pemikiran kita supaya lebih terarah dan terbuka mengikut landasan yang sebenarnya.

Antara kupasan beliau ialah; "Ramai Pengajar, Sedikit Pendidik", "Belajar Tawakal daripada Semut", "Corat-coret Anti-Yahudi", "Encik atau Ustaz?", "Orang Jahat, Mati Lambat?", "Misteri Sejadah Berdiri", "Buang Masa dengan Solat?", "Menghalau Hantu", "Tiada Hari Tanpa Demonstrasi", "Muslim yang Islamophobia", "Alkisah Tentang Jodoh", "Motivasi Dosa", "Bukan Sistemnya... Tapi Manusianya" serta banyak lagi isu-isu yang menarik untuk dibaca dan diteliti.

Selamat membaca, dan memperoleh ilmu pengetahuan.

Saturday, April 21, 2012

Puisi : Cantik



CANTIK

 Cantik,
Dia bilang cantik,
Alisnya dan bayu sama beralun.

Cantik,
Pada bibirnya yang bersempadan,
Putih dan mulusnya tiada bersentuh.

Kolam matanya biru dan cantik,
Tersentuh dek hati,
Melekat sejuk nan bersebati.

Cantik,
Masih bisa mewarnai bingkai memori,
Saga muda sipi sahaja di pipinya,
Masih bisa menangkap ruang mataku.

Terasa,
Dalamnya jiwa menikmati cantik,
Sebuah birai berdinding pasir,
Persis ombak menampar sisirnya,
Sesusur pantai di Bagan Lalang.

Cantik,
Namun tepinya kosong,
Lebih lagi bagi jiwa yang memerhati.


Hanam Hamid
April 21, 2012
7:26 petang.
kampung halaman

Sunday, December 4, 2011

Puisi : Pencari Pelangi

Pencari Pelangi
(Buat Sang Pencari Pelangi di langit hidup kurniaan Tuhan)

Hujan seakan ligat,
Memandu pada langit dengan keringat,
Mega masih kelabu melangut,
Tempat bah, airnya hanyut.

Ada manusia masih bisa,
Mengangkat senja tanpa sebutir kuasa,
Harapannya menjadi penggerak nyawa,
Untuk anak, bini dan keluarga.

Biar lautnya penuh gelora,
Sekilas pun tidak hatinya berduka,
Keluh longgar daripada ada,
Sepasang kudrat masih berupaya.

Bapa tua mengolek perahu kecilnya,
Tika ribut bersarang di pijar bahaya,
Diri kerdilnya cekal meredah bahana,
Hanya suapan itu yang dapat dibina,
Buat mereka kerana cinta.

Bukankah Tuhan menciptakan manusia,
Untuk dipupuk semangat dan usaha,
Kerana di dalam gelap dada langit,
Tersembunyi mentari mengintai perakit,
Bercahaya di dinding jendelanya,
Menanti bapa tua bersuara,
Mengharap dan mencari seri pelangiNya.

Hanam Hamid
Disember 2, 2011.
440petang.
Kala Hujan, di MARDI Serdang.

Suara Di Balik Layar


Melodi Kristal - Siti Nurhaliza
Mp3-Codes.com